Skip to main content
Pakej Percutian ke Labuan Bajo Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Labuan Bajo

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Indonesia
  6. ›
  7. Labuan Bajo

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

0 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Labuan Bajo (juga ditulis sebagai Labuhanbajo dan Labuanbajo) ialah sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak di wilayah Nusa Tenggara di Timur Indonesia, bahagian hujung barat pulau besar Flores. Walaupun pulau ini bersaiz kecil, Labuan Bajo kini menjadi pusat tarikan pelancongan yang sibuk, terkenal dengan pelbagai lokasi tarikan yang menarik untuk dilawati dan diterokai. Masa terbaik untuk melawat Labuan Bajo adalah pada bulan Jun hingga September. Cuaca pada musim ini sesuai untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti di Labuan Bajo. Manakala, Oktober hingga Mei menerima kuantiti hujan yang luar biasa yang mungkin sedikit-sebanyak mengganggu aktiviti yang dirancang.

Labuan Bajo, sebuah pelabuhan kecil di Pulau Flores dengan pemandangan yang menakjubkan menjanjikan satu pengalaman baharu yang tidak boleh dilupakan oleh pelancong. Salah satu 'permata' pelancongan di Indonesia, Labuan Bajo berfungsi sebagai permulaan bagi perjalanan menerokai keindahan-keindahan lain yang terdapat di Labuan Bajo. Anda berpeluang menyaksikan biawak Komodo di habitat asalnya, menyelam bersama jerung, mendaki untuk menikmati keindahan panorama Labuan Bajo yang mempersonakan atau berenang-renang di Pantai Merah Muda. Perjalanan ke sini tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Pulau Padar. Mulakan penggembaraan mendaki Pulau Padar, pulau ketiga terbesar di Taman Negara Komodo dan rasai sendiri pengalaman menyaksikan keindahan matahari terbit dari salah satu lokasi tinjau terbaik di Indonesia. Laluan pendakian mengambil masa kira-kira 30-45 minit untuk tiba di puncak. Pendakian anda akan terasa berbaloi setelah anda menyaksikan keindahan Labuan Bajo dari puncak Pulau Padar. Anda semestinya akan kagum dan terpesona dengan keindahan alam semula jadi di sini yang berlatarbelakangkan gunung-ganang dan tiga pantai yang menarik.

Pulau Rinca adalah antara destinasi pelancongan lain yang terdapat di Labuan Bajo. Anda boleh berjalan-jalan di sekitar Pulau Rinca, pulau kedua terbesar di Taman Negara Komodo dan terkenal sebagai lokasi habitat semula jadi biawak besar Komodo. Selain biawak Komodo, terdapat beberapa spesies hidupan liar lain yang menetap di sini antaranya kerbau, monyet, babi hutan, rusa, burung dan sebagainya. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pantai Merah Muda atau Pink Beach. Pantai Merah Muda di Labuan Bajo merupakan salah satu daripada tujuh pantai merah jambu yang terdapat di dunia. Ia mendapat warna merah jambu daripada campuran pasir putih dan serpihan terumbu karang invertebrata laut yang sangat kecil yang mempunyai cengkerang berwarna merah. Anda boleh berenang-renang di sini dan berjalan-jalan di sepanjang pantai ini sambil menikmati keindahan pantai dan alam semula jadi yang unik ini.

Kawasan pelabuhan Labuan Bajo dipenuhi dengan tempat-tempat makan yang sangat sedap dan berpatutan dengan pelbagai pilihan masakan tempatan yang semestinya akan merangsang deria rasa anda. Anda boleh berkunjung ke Kampung Ujung untuk merasai sendiri pengalaman makan malam yang unik. Kampung Ujung merupakan pusat makan malam di bandar Labuan Bajo dan sering dikunjungi oleh rakyat tempatan dan pelancong asing. Ia menyajikan pelbagai pilihan menu makanan laut sepeti ikan, udang, sotong dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke restoran-restoran lain yang terdapat di Labuan Bajo; MadeInItaly menyajikan piza yang sedap, manakala Warung Mama dan Blue Corner menyajikan makanan tempatan Indonesia.

Tempah pakej melancong anda ke Labuan Bajo dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Ramly - Tripfez Travel
Ramly
Travel Consultant
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }